Bahasa Urdū (اُردو) adalah bahasa Indo-Eropah dari pengaruh keluarga Indo-Aryan yang diperkembangkan di bawah Parsi,Turki, Arab, Hindi, dan Sanskrit di Asia Selatan semasa Kesultanan Delhi dan Empayar Mughal (1200-1800). Bahasa ini digunakan sekitar lebih kurang 100 juta
masyarakat beragama Islam di Pakistan dan India. Bahasa Urdu ini sebenarnya serupa dengan Bahasa Hindi, disebabkan oleh akarnya yang berasal daripada Bahasa Sanskrit yang merupakan induk kepada semua bahasa di Asia Tenggara.
Jumlah penutur asli bahasa Urdu pada ketika ini mencapai
60,290,000 orang dan 104,000,000 orang termasuk yang menggunakannya sebagai
bahasa kedua (1999).
Selain di kedua negara diatas, bahasa Urdu juga digunakan oleh
sekitar 600 ribu Masyarakat Islam Bihar yang tinggal diBangladesh.
Hubungan
Urdu dan Hindi
Bahasa Urdu dan Bahasa
Hindi pada
dasarnya merupakan bahasa yang
sama, sehinggalah ketika masa penjajahan Inggeris yang berhasrat merapatkan jurang perbezaan diantaraHindu dan Islam yang
meruncing pada masa itu, dipergunakanlah istilah Hindustani. Akan
tetapi, sejak terpecahnya India dan Pakistan pada tahun 1947, istilah Hindi dan Urdu lebih mencuat.
Penutur Bahasa Hindi dan Urdu dalam
percakapan sehari-hari dapat saling memahami kerana banyaknya persamaan dalam
kosakatanya. Kedua bahasa ini juga membentukHindustani yang
merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia dan yang
paling disukai.
Namun demikian, perbedaan mendasar
dari kedua bahasa ini adalah :
·
Kosa kata bahasa Urdu banyak menyerap
kata-kata dari Bahasa Arab dan Bahasa Parsi, sedangkan Hindi lebih condong pada penghidupan kembali kata-kata Sanskrit
·
Sistem penulisan : Bahasa Hindi
menggunakan aksara Devanagari sedangkan Bahasa Urdu memakai sistem penulisan Arab-Persia dengan penambahan pada
huruf-huruf tertentu serta ditulis melalui sistem Nastaliq.
Perbezaan yang makin mendasar
inilah yang mengakibatkan penutur Hindi dan Urdu mengalami kesulitan dalam
memahami bahasa masing-masing. Penutur Urdu akan dapat memahami filem-filem Bollywood yang berbahasa Hindi, namun akan kesulitan dalam mengerti siaran
berita dalam bahasa tersebut merupakan proses Sansekertaisasi dalam Hindi.
Demikian pula sebaliknya.
Merupakan bahasa rasmi di Pakistan, meskipun penutur asalnya hanya 8% dari seluruh penduduk
dan umumnya berasal dari kalangan Mohajir yang eksodus dari India pada tahun 1947. Sedangkan di India, bahasa Urdu juga menjadi salah satu
bahasa raesmi dengan konsentrasi penutur terbanyak di negara bagian Jammu-Kashmir, Uttar Pradesh dan kotaHyderabad, Andhra Pradesh.
Bahasa Urdu merupakan salah satu
bahasa yang sangat kaya, dan bercita rasa tinggi. Banyak sekali karya-karya
sastera yang ditulis dalam bahasa ini dan berpengaruh dalam dunia sastera, baik
di kawasan Asia Selatan, maupun dunia Islam pada umumnya. Puisi berbahasa Urdu
untuk pertama kalinya ditulis oleh Masud Saad Salman pada tahun 1066 Masihi.
Aliran-aliran sastera (prosa maupun puisi) dalam Bahasa Urdu sangatlah banyak,
seperti :
·
Ghazal
·
Rubai
·
Afsaana
·
Daastaan
·
Marsia
·
Nauha
·
Noha
·
Geet
·
Qaseeda
Selain itu banyak sekali
karya-karya tulis Islami yang ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan
ke berbagai bahasa di dunia, contohnya karya-karya Muhammad Iqbal yang sangat mengemuka.
Dalam perkembangannya, bahasa Urdu juga terbahagi atas
beberapa dialek, dialek yang dikenal antara lain Dakhini atau Dekkan yang dipakai di kawasan India Selatan,
dan perbedaan dengan Urdu Baku adalah lebih sedikitnya kata-kata Arab-Persia
didalamnya. Sedangkan Rekhna adalah varian yang dipakai dalam kesusasteraan Urdu.
Contoh:
·
Salaam!/ Adaab! = Halo!
·
Aap kaise hain?/ Aap kaa hal kiyaa hai? =
Apa kabar?
·
Main theek hun = Baik-baik
·
Shukriya = Terima kasih
·
Aap kaa kiyaa naam hai? = Siapa namamu?
·
Meraa naam….hai = Nama saya…
·
Khuda Hafiz!/ Allah Hafiz! = Sampai
Jumpa!
Sumber: Wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar