Bahasa Hindi (हिन्दी hindī) ialah bahasa
kebangsaan India. Bahasa
Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk
famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di IndiaUtara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:
·
Marāthī di selatan;
·
Orīyā di tenggara;
·
Bengālī di timur; dan
·
Nepālī di utara.
Asal Usul
Asal-usul perkataan
"Hindi" mungkin merupakan perkataan bahasa
Sanskrit Sindhu (सिन्धु). Orang Zoroaster yang
pernah menjadi jiran India menyebut "Sindhu" sebagai "Hindu" dalam bahasa
Avesta mereka, sebagai rujukan kepada
orang yang
tinggal berdekatan atau di seberang Sungai Sindhu River, maka tempat
tinggal mereka digelar "Hindustan". Perkataan Sanskrit Sindhu dalam bentuk bahasa Avestanya Hindu (bagi orang India), Hind (bagi negara India) dan Hindi (bagi
bahasa India) diturunkan kepada bahasa-bahasa Iran moden seperti bahasa Farsi dan Pahlavi.
Dalam konteks moden, perkataan Hindī merangkumi Hind "India", dan akhiran
adjektif ī. Maka Hindī diterjemah sebgai
"(berkeperihalan) India". Dalam zaman sekarang, Hindī dalam
erti sedemikian kian kurang diterima; sebaliknya maksudnya hanya merupakan
bahasa yang membawa nama ini. Terdapat lebih kurang 11 bunyi vokal dan 35 konsonan dalam
bahasa Hindī baku
Contoh:
Bahasa Melayu
|
Hindi (Transliterasi)
|
Hindi (Devanagari)
|
Hindi
|
Hindī
|
हिन्दी
|
Inggeris
|
Angrezī
|
अंग्रेज़ी
|
Melayu
|
Malāy
|
मलाय
|
Ya
|
Hān
|
हाँ
|
Anda
|
āp (kepada orang yang lebih tua/terhormat)
|
आप
|
Kamu
|
Tum (kepada kanak-kanak/orang yang lebih muda)
|
तुम
|
Kau
|
Tū (secara intim)
|
तू
|
Tidak
|
Nahīn
|
नहीं
|
Helo
|
Namaste
|
नमस्ते
|
Jumpa lagi
|
Namaste, Alvidā, Khudā Hāfiz
|
नमस्ते, अलविदा, ख़ुदा हाफ़िज़
|
Apa khabar?
|
āp Kaisé Hain?
|
आप कैसे हैं?
|
Jumpa lagi
|
Phir Milengé
|
फिर मिलेंगे
|
Terima kasih
|
Dhanyavād
|
धन्यवाद
|
Maaf
|
Kshamā Kījiyé, (juga Māf Kījiyé)
|
क्षमा कीजिये (माफ कीजिये)
|
Kenapa?
|
Kyon?
|
क्यों?
|
Siapa?
|
Kaun?
|
कौन?
|
Apa?
|
Kyā?
|
क्या?
|
Bila?
|
Kab?
|
कब?
|
Di mana?
|
Kahān?
|
कहाँ?
|
Bagaimana?
|
Kāisé?
|
कैसे?
|
Berapa?
|
Kitné?
|
कितने?
|
Saya tak faham.
|
Main samjha nahīn
|
मैं समझा नहीं
|
Tolong saya!
|
Meré maddath kījiyé / Sahāyatā kījié!
|
मेरी मदद कीजिये / सहायता कीजिये
|
Bolehkah anda berbahasa Inggeris?
|
Kyā āp angrezī bolté hain?
|
क्या आप अंग्रेज़ी बोलते हैं?
|
Pukul berapa?
|
Samay kyā hua? / kitné bajé hain?
|
समय क्या हुआ? / कितने बजे हैं?
|
Saya tak tahu
|
Mujhé nahīn pata
|
मुझे नहीं पता
|
Sumber:
wikipedea.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar