Bahasa Latin ialah bahasa kuno yang
jarang sekali digunakan dalam zaman moden ini kecuali sebagai bahasa pegawai-pegawai
rasmi diKota Vatican, iaitu sebuah negara terkecil di
dunia. Namun demikian, oleh sebab pengaruh kerajaan Rom yang kuat pada zaman
dahulu, bahasa ini mempunyai kesan yang mendalam di Eropah dan unsur-unsurnya
masih boleh didapati dalam bahasa moden seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.
Bahasa Latin adalah bahasa Italik yang
berasal dari Latium,
sebuah daerah di Itali sekeliling
kota Rom.
Bahasa ini menjadi penting kerana munculnya kerajaan Rom di
mana bahasa Latin telah dinobatkan sebagai bahasa rasminya. Pada puncak
kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulau Britain di
barat laut sampai Palestin di
hujung tenggara Eropah.
Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5,
bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya. Bahasa
ini dipakai sebagai bahasa lingua franca, bahasa liturgis gereja dan
bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah
ditaklukkan kerajaan Romawi.
Bahasa Latin rakyat (Vulgata) yang dituturkan oleh antara lain
bala tentara Rom menjadi bahasa pengantar di
seluruh daerah kerajaan. Di beberapa tempat, bahasa ini bahkan menggantikan
bahasa setempat. Bahasa-bahasa turunan dari bahasa Latin ini disebut bahasa Romawi, tetapi
bahasa Latin sendiri bukanlah bahasa Roman. Bahasa Latin termasuk rumpun
bahasa-bahasa Italik.
Sumber: Wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar